OSAKAAIRPORTTRANSFER.MY
Osaka Airport Transfer
Registered company in Japan (Malaysian Owned)
Cara Dari Kansai Airport (KIX) Ke Kyoto
Mencari cara paling mudah dari Kansai International Airport (KIX) ke Kyoto? Kyoto adalah destinasi wajib bagi pelancong Malaysia yang ingin menikmati suasana tradisional Jepun seperti Fushimi Inari, Arashiyama dan kawasan Gion.
Jarak dari Kansai Airport ke Kyoto adalah sekitar 95 – 100 kilometer dan perjalanan mengambil masa antara 75 hingga 110 minit bergantung kepada jenis pengangkutan.
Pilihan Pengangkutan Dari KIX Ke Kyoto
1️⃣ JR Haruka Express (Direct Train)
- Tempoh perjalanan: ± 75 minit
- Harga: sekitar ¥2,200 – ¥3,000 seorang
- Operasi: ± 6:30 pagi – 10:30 malam
- Turun di Kyoto Station
Ini adalah pilihan paling cepat menggunakan train. Namun selepas tiba di Kyoto Station, anda mungkin masih perlu menaiki taxi atau bus untuk ke hotel.
2️⃣ Airport Limousine Bus
- Tempoh: 90 – 110 minit
- Harga: sekitar ¥2,600 seorang
- Operasi: ± 6:00 pagi – 9:30 malam
- Drop-off di hotel tertentu sahaja
Bus lebih santai tetapi perjalanan lebih lama bergantung trafik.
3️⃣ Combination Train (Perlu Tukar Line)
- Tempoh: 90 – 120 minit
- Harga: sekitar ¥1,800 – ¥2,500 seorang
- Perlu tukar train di Osaka atau Tennoji
Pilihan ini biasanya lebih murah tetapi kurang sesuai jika membawa banyak luggage atau travel bersama keluarga.
4️⃣ Private Airport Transfer (Paling Mudah & Selesa)
- Operasi 24 jam
- Pickup terus di arrival hall Kansai Airport
- Direct ke hotel/Airbnb di Kyoto
- Tiada tukar train
- Harga tetap per kenderaan
Untuk keluarga atau group 4–6 orang, private transfer selalunya lebih praktikal dan menjimatkan masa.
Perbandingan Ringkas KIX Ke Kyoto
| Jenis Pengangkutan | Tempoh | Anggaran Kos | Kemudahan |
|---|---|---|---|
| JR Haruka | ± 75 min | ¥2,200 – ¥3,000 / seorang | Perlu sambung taxi/bus ke hotel |
| Airport Bus | 90 – 110 min | ± ¥2,600 / seorang | Waktu terhad |
| Private Transfer | 75 – 95 min | Harga tetap per group | Direct ke hotel, 24 jam |
Jika Flight Tiba Lewat Malam Di KIX
Jika penerbangan tiba lewat malam, pilihan train dan bus ke Kyoto sangat terhad. Ada risiko terpaksa bermalam di Osaka sebelum ke Kyoto keesokan hari.
Private airport transfer membolehkan anda terus ke hotel di Kyoto walaupun flight delay atau tiba selepas 11 malam.
Sesuai Untuk Siapa?
- Keluarga dengan anak kecil
- Warga emas
- Group travel 4 – 6 orang
- Pelancong yang membawa luggage besar
- First timer ke Kyoto
Kenapa Pilih OsakaAirportTransfer.my?
- Syarikat berdaftar secara sah di Jepun
- Dimiliki oleh rakyat Malaysia (19 tahun menetap di Jepun)
- Faham keperluan pelancong Malaysia
- Harga telus tanpa caj tersembunyi
- Sokongan komunikasi dalam Bahasa Melayu / English
- Servis 24 jam termasuk flight lewat malam
Book Osaka Airport Transfer With Us
Elakkan kesesakan train dan risiko transit berulang kali. Tempah airport transfer lebih awal untuk perjalanan yang lebih lancar dari Kansai Airport ke Kyoto.
Book Osaka Airport Transfer With Us hari ini dan nikmati perjalanan yang selesa serta tanpa stress.
Booking Form
Kindly complete the form and we will quote you accordingly
Airport Transfer Booking Form
* All fields compulsory except Email & Remarks