OsakaAIRPORTTRANSFER.MY
Osaka Airport Transfer
Registered company in Japan (Malaysian Owned)
Cara Dari Kansai Airport (KIX) Ke Namba Osaka
Mencari cara paling mudah dari Kansai International Airport (KIX) ke Namba? Namba adalah kawasan paling popular untuk pelancong Malaysia kerana dekat dengan Dotonbori, Shinsaibashi dan pusat membeli-belah utama Osaka.
Jarak dari Kansai Airport ke Namba adalah sekitar 45 – 50 kilometer dan mengambil masa antara 45 hingga 70 minit bergantung kepada trafik atau jenis pengangkutan.
Pilihan Pengangkutan Dari KIX Ke Namba
1️⃣ Nankai Airport Express / Rapi:t
- Tempoh perjalanan: ± 45 minit
- Harga: sekitar ¥970 – ¥1,450 seorang
- Operasi: ± 5:30 pagi – 11:00 malam
- Turun di Stesen Namba
Ini adalah pilihan paling popular kerana direct train ke Namba. Namun, jika hotel anda jauh dari stesen, anda masih perlu berjalan atau tukar train/subway.
2️⃣ JR Train (Perlu Tukar Line)
- Tempoh: 60 – 75 minit
- Harga: sekitar ¥1,200 – ¥2,500 seorang
- Operasi: ± 5:30 pagi – 11:00 malam
- Perlu tukar train di Tennoji atau Shin-Imamiya
Kurang sesuai jika membawa banyak luggage kerana perlu bergerak antara platform.
3️⃣ Airport Limousine Bus
- Tempoh: 50 – 80 minit
- Harga: sekitar ¥1,100 – ¥1,600 seorang
- Operasi: ± 6:00 pagi – 10:30 malam
- Drop-off di hentian tertentu sahaja
Bus lebih selesa berbanding train tetapi waktu operasi terhad.
4️⃣ Private Airport Transfer (Pilihan Paling Mudah)
- Operasi 24 jam
- Pickup terus di arrival hall KIX
- Hantar terus ke hotel/Airbnb di Namba
- Tiada tukar train
- Harga tetap per kenderaan
Jika anda travel 3–6 orang, kos per orang selalunya hampir sama atau lebih berbaloi berbanding train.
Perbandingan Ringkas
| Jenis Pengangkutan | Tempoh | Anggaran Kos | Kemudahan |
|---|---|---|---|
| Train Nankai | 45 min | ¥970 – ¥1,450 / seorang | Perlu berjalan ke hotel |
| Bus | 50 – 80 min | ¥1,100 – ¥1,600 / seorang | Waktu terhad |
| Private Transfer | 45 – 60 min | Harga tetap per group | Direct ke hotel, 24 jam |
Jika Tiba Lewat Malam Di KIX
Jika flight tiba selepas 10:30 malam, pilihan train dan bus sangat terhad. Anda mungkin perlu menunggu lama atau mencari alternatif lain.
Private airport transfer adalah pilihan paling selamat kerana pemandu akan menunggu walaupun flight delay dan terus menghantar anda ke hotel di Namba tanpa sebarang transit tambahan.
Kenapa Ramai Pelancong Malaysia Pilih Servis Kami?
- Syarikat berdaftar di Jepun
- Dimiliki oleh rakyat Malaysia yang menetap 19 tahun di Jepun
- Faham keperluan pelancong Malaysia
- Harga telus tanpa caj tersembunyi
- Komunikasi mudah dalam Bahasa Melayu / English
- Sesuai untuk keluarga dan group besar
Book Osaka Airport Transfer With Us
Elakkan kesesakan train dan risiko terlepas last bus. Tempah airport transfer lebih awal untuk perjalanan yang lebih lancar dari Kansai Airport ke Namba.
Book Osaka Airport Transfer With Us hari ini dan nikmati perjalanan yang lebih selesa dan tanpa stress.
Booking Form
Kindly complete the form and we will quote you accordingly
Airport Transfer Booking Form
* All fields compulsory except Email & Remarks